aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Tuesday, December 23, 2014

rasa kecewa



bilik gelap. jauh aku termenung. rak buku aku tatap. entah apa yang aku bayangkan. mungkin berharap ilmu boleh ditransfer dengan sekadar pandangan,

hari ahad, sibuk kawan- kawan bercerita tentang kahwin, pum pam pum pam, hati berbisik, siapakah si pemilik. antara ia wujud atau entah dia tidak. aku tidak membantah.


terfikir aku di sudut berbeza, bagaimana manusia bisa membuka hati dengan sebegitu mudah, bagaimana manusia boleh mencintai dengan begitu mudah.  bagaimana manusia mengatasi kekecewaan tanpa rasa serik untuk mencintai sekali lagi.


terkenang aku peristiwa kecewa, yang membuat aku menutup hati sehingga hari ini.sakit, terlalu sakit rasa itu. perit. setiap hari setiap masa, aku menangis. mengingatkan dia aku menangis. bunyi henfon aku berharap dari dia, tapi harapan aku pasakkan, semua hampa.

dah lebih 4 tahun, masih aku rasa siksa kecewa. dah lebih 4 tahun, masih aku ingat derita menangisi hari-hari muram. dah lama, sangat lama.. tapi masih aku takut untuk memulakan yang baru.


kerana aku telah serik, memberi tanpa menerima, kerana aku telah serik menyayangi tapi dikhianati.

kerana itu aku takut untuk mencintai, sekali lagi.

Monday, December 22, 2014

lali


aku telah dewasa
harapn serupa engkau
aku telah terbiasa


aku telah lali
setiap harapan engkau
aku dah sebati


aku telah angkat kaki
setiap lafaz harapan
aku tak peduli


tapi hati masih menanti, walau acapkali aku ujar aku sudah berhenti

give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again