aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Tuesday, December 23, 2014

rasa kecewa



bilik gelap. jauh aku termenung. rak buku aku tatap. entah apa yang aku bayangkan. mungkin berharap ilmu boleh ditransfer dengan sekadar pandangan,

hari ahad, sibuk kawan- kawan bercerita tentang kahwin, pum pam pum pam, hati berbisik, siapakah si pemilik. antara ia wujud atau entah dia tidak. aku tidak membantah.


terfikir aku di sudut berbeza, bagaimana manusia bisa membuka hati dengan sebegitu mudah, bagaimana manusia boleh mencintai dengan begitu mudah.  bagaimana manusia mengatasi kekecewaan tanpa rasa serik untuk mencintai sekali lagi.


terkenang aku peristiwa kecewa, yang membuat aku menutup hati sehingga hari ini.sakit, terlalu sakit rasa itu. perit. setiap hari setiap masa, aku menangis. mengingatkan dia aku menangis. bunyi henfon aku berharap dari dia, tapi harapan aku pasakkan, semua hampa.

dah lebih 4 tahun, masih aku rasa siksa kecewa. dah lebih 4 tahun, masih aku ingat derita menangisi hari-hari muram. dah lama, sangat lama.. tapi masih aku takut untuk memulakan yang baru.


kerana aku telah serik, memberi tanpa menerima, kerana aku telah serik menyayangi tapi dikhianati.

kerana itu aku takut untuk mencintai, sekali lagi.

Monday, December 22, 2014

lali


aku telah dewasa
harapn serupa engkau
aku telah terbiasa


aku telah lali
setiap harapan engkau
aku dah sebati


aku telah angkat kaki
setiap lafaz harapan
aku tak peduli


tapi hati masih menanti, walau acapkali aku ujar aku sudah berhenti

Saturday, October 11, 2014

untuk apa berkawan



untuk apa berkawan, jika akhirnya aku diketepikan


untuk apa berkawan, jika nanti aku pasti kau lupakan


untuk apa berkawan, kalau kau merajuk aku pujukan

untuk apa berkawan, bila aku tersentuh, kau tambah lukakan..

beritahu aku
untuk apa berkawan.

Tuesday, September 30, 2014

final year.



yeah.
baru beberapa hari lepas, adalah hari graduasi bagi para senior aku
minggu ni genap 4 minggu aku menempuh
kehidupan tahun akhir
di university ini.

bila tengok abang akak yang bergraduat, aku rasa sesuatu
perasaan bergolak galik, berombak ambek?
cemburu.
cemburu melihat mereka memakai jubah
jubah dan topi

cemburu melihat senyum ketawa mereka
mereka bebas dan merdeka
tiada lagi buku, tiada lagi peperiksaan
tiada bersengkang mata setiap malam.
tiada projek viva yang tak berjalan.

aku?
aku masih terikat dengan urusan akademik
insya Allah, tahun depan pusingan aku

tapi..
apa aku yakin aku mampu?
teruskan langkah ini
teruskan nada ini
terus maju setapak lagi

usaha hamizah,
apa kau curiga tuhan disisimu?

Sunday, August 17, 2014

bahu kiri kamu.


hidup
terkadang penuh cecita.
aku ade satu cita cita yang
tak mungkin aku dapat kejar
ia cuma impian.

impian tanpa sempadan

aku ingin bina satu blog, atau mungkin page
atau mungkin website
entah
aku bukan penggodam terbaik malaysia
aku kurang pasti mana satu
lebih mulia

dan aku
teringin berkongsi bahu dengan mereka
buat satu page yang boleh semua orang
luahkan perasaan, masalah atau pelukan khidmat
nasihat
boleh dapatkan dari aku

nah, aku bukan
manusia bijaksana sini
pandai nasihat orang
ceduk ayat kitab itu ini

tetapi aku lebih suka mendengar masalah
orang
kerana aku tahu
apa rasa nya bila tiada orang
untuk berkongsi bahu
kerana aku
ngerti apa
rasanya
bila tiada telinga yang sudi
mendengar isi hati.


dan mesti
aku akan cuba sebaik mungkin
memberi nasihat
memberi pandangan
yang mungkin berguna untuk dia
si pengadu
dan mungkin buat si pembaca
supaya
kita bersama boleh
bersama nberjuang
merentangi apa jua
masalah
yang ada.

Friday, July 4, 2014

hati, kenapa dia?


dia telah pergi
benar
dia memang telah pergi


gila!
ya aku memang gila
tapi hanya dia
yang buat hatiku bercambah
dari duka kepada ketawa

tetapi
hati, kenapa dia?

Monday, May 5, 2014

cahaya



aku masih bisa
ingat lagi
hari terakhir 'kau mampir
hari terakhir senyum kau pamer

aku masih bisa
ingat lagi
wktu itu aku berbaju kurung
hitam dan putih
kau berbaju ungu
ya, kau dan dia
berbaju ungu

aku masih bisa
ingat lagi
sengihan ketawa
serpihan jenaka
dan bait bait gerak tari
waktu kita bersama di sini

hari ini,
kau di hadapanku
hari ini
kau kuntum senyummu
masihkau ingat
siapa aku?
siapa aku dihatimu
siapa aku padamu dulu

hari ini
setelah bertahun
kau hadir lagi
mencelah gembira di hati sepi

sayang,
telah lama aku pendam sepi teramat
telah aku biar hidup
tanpa erti sahabat

hari ini
kau beri cahaya
kau pulangkan kegembiraan lama.
kau buat aku senyum
kau buat aku ketawa

hari ini
aku rasa aku dapat
kekuatanku
semula

tetapi
siapapun aku sebelum ini
kini
di depan aku
kau masih pilih dia.
dia yang baru dalam hidupmu



tertulis buat
" aku tak pernah rasa hilang orang yang aku sayang, kau jangan pernah buat aku rasa macam ni! "

Sunday, May 4, 2014

pilih



kau bisa jumpa dia
di tampatmu
di ruangmu
di masamu
di waktumu

kau masih bisa jumpa dia
di dalam kereta
di dalam bas
di dalam tawa
di dalam sedih

dan pabila masa
kau dipertemukan dengan aku
yang bertahun
kau jauh
kau menjauh

kau masih pilih dia
yang bisa kau jumpa
esok
dan esok
dan esok lagi

kau masih pilih dia

Wednesday, April 23, 2014

meluahkan atau biarkan ia terluahkan



 ya, aku sedang duduk di library pada waktu sepatutnya aku berada di dalam kelas. tapi kegelisahan memakan aku, aku terus berfikir tentang permainan yang sedang berlaku. memula aku fikir, perkara ini perkara mudah. aku cari dealer, dan aku bagi jadual. tapi mereka rumitkan dengan permasalahan waktu, jadi aku fikir lebih baik gunakan wakil sebagai pembantu.. dan selepas itu, timbul satu kompromi lain meperjuangkan perkara yang sama.. dan aku terbisu. membutang lagu. haihh.

ehh.. lupa! bukan tajuk ini yang aku nak tulis dalam entry kali ini.. kali ini, aku mahu tulis sesuatu buat kawan ku. ya, kawan yang rapat dengan ku. express. nah, bukan bas express! bukan express cepat pantas elegen itu.. express in way of expressing, meluahkan rasa. dia tanya pendapat aku, adakah patut satu hari terakhir yang bakal die berjumpa dengan lelaki yang dipuja,.adakah wajar dia meluah rasa?

and well, aku menulis ini buat pembacaan dia. kalau hampa nak baca, hampa baca.. kalau tamao.. nah, ade butang X kaler merah di hujung tingkap, belah kanan.. klik disana.

ada sebahagian manusia, pabila mereka mengetahui ade pihak lain yang memendam rasa pada dirinya, beliau akan rasa tidak selesa. rasa rimas dan sentiasa rasa diperhatikan. dan itu boleh membawa kesan buruk pada hubungan persahabatan. jadi seseorang itu kena fikir, adakah persahabatan itu lebih penting daripada rasa cinta? atau sebaliknya. baka kata pepatah matsaleh " i dont care if i have to lost my love, but i dont want to lose you" kekekek.

ada pulak beberapa pihak pula yang akan mengambil kesempatan pabila tahu sesuatu pihak memendam satu rasa kepadanya. ya, dia sendiri ta mahu berkait dengan perasaan yang ada pada pihak itu, tetapi dia mengambilnya secara suka suka. rasa gembira bila ade orang yang sanggup buat apa sahaja deminya,. ini aku panggil karektor bajet artis. jadi seseorang yang ingin meluah rasa itu perlu berfikir waras untuk meluahkan rasa. jangan sampai kerana rasa, hidup merana. cewahh.

ada pihak yang boleh menerima pengakuan itu dan jika dia tidak berminat, die boleh menolak dengan sebaik baik cara. haa.. ini baru aku panggil PSY. sebab dia mother father gentleman! haha.. bukan apa, kalau kita menolak atau menerima sesuatu itu, bukankah lebih baik kita membuatnya dengan sebaik baik cara. dan apa pun keputusan yang bakal diberima, si pengaku perlu menerima dengan hati terbuka...

"i open my heartttttt......." okay dah.

bila aku tulis ni, mesti koreang kata, kenapa tak de komen positif untuk aku berikan pada kawan aku ni? laa.. ni kan pendapat aku, suka aku lah!.. hahah, eh tak,tak.. sebab.. aku kena bagi kawan aku semangat, sebab peluang dan possibbility itu kita tataw. tuhan sahaja yang mengerti segalanya. :) dan aku benar tahu
expressing itu bukan mudah, jadi memang suruh kawan aku fikir semasaknya..yelah, apalagi selepas mengetahui yang lelaki pujaan itu mempunyai teman dihati.

bagi aku, ta jadi masalah jika dia nak meneruskan niat nya itu, mungkin kawan aku ni berpegang pada kata kata.. " BERANI KERANA BENAR, " cehh. *takdde kaitan sangat punn * tapi aku berharap kawan aku bersiap sedia menerima jawapan atau keputusan yang diberi oleh lelaki itu. lagipun, aku memang tahu, dan orang kampung aku di amsterdam selalu berklata " better regret in what you did, rather than you never try doing it "  cehh.


dan pada aku sendiri, aku kurang berminat dengan situasi pengakuan ni sebenarnya, mungkin aku jenis yang takut menghadapi realiti. dan mungkin juga aku lebih suka kalau sesuatu perhubungan itu berlandaskan persahabatan. jodoh tu aku percaya satu je, di tangan tuhan. dan aku jenis yang suka sesuatu perhatian, dan allah sedang perhati apa yang aku lakukan.. dan dia sedang pilih seorang yang paling aku perlukan..

nasihat aku buat sahabat, kawan baik atau temanku : kamu punya masa 6 bulan daripada tarikh itu.. bersama dengan Allah. kau bersujud padanya memohon penjelasan.. dan jika Allah kata, jalankan.. kau jalankan lah pengakuan itu. dan mohonlah padanya agar kau sentiasa pasrah dengan sebarang jawapan..




Saturday, April 19, 2014

main



ku lihatkan sahaja. mereka bermain gila. mereka bermain cinta. mereka merosakkan jiwa. ku lihatkan sahaja. mereka memasang dua dan tiga, mereka yang pandai menggoda. ye mereka kawan aku, jadi aku rasa itu hiburan dunia. bilamana mereka berhibur dengan memikat, mereka bersorak dengan mengayat. satu persatu bunga jatuh dengan kata kata. ya, tak kena pada kepala aku... jadi aku ingat ia kelakar!

ku layankan sahaja. terkadang ada yang cuba main gila. dah berbini, masih cuba memujuk ramah yang lain.. dah berpunya masih ada yang bermesra dengan yang lain. dan terkadang, ada yang berkait dengan aku, dan aku masih layankan sahaja. 

lelaki.. sedarkah itu dinamakan sebuah harapan. dan harapan itu satu perjanjian. dan bilamasa sekuntum bunga itu benar terpikat dengan katamu, secebis yang kau bilang.. bisa dia ingat satu persatu..

lelaki.. sedarkah hati bunga itu telah kau tusuk dengan duri, bila mana kau cari yang lain, bila mana kau mencari yang lain. bila mana kau pergi mendapatkan yang lain. lagi perit bila kau masih mengupas kata kata, sedang kau curang dibelakangnya, 

ya,tak kena pada kepala aku.. jadi aku masih rasa ia perkara biasa!

aku menulis ini, kerana aku terfikir. bukan aku anti padamu, wahai kaum lelaki. bukan!
aku menulis ini untuk kita sama sama berfikir.
melakar mimpi
berfikir
mencari destinasi

bayangkan yang dilukai itu kakak mu, atau adik perempuan mu, atau kedua duanya. apa kau akan duduk diam? apakah kau akan usap rambut adikmu dan kata.. "ya lelaki memang begitu.. ayatnya sahaja, bukan ada apa apa makna...." 

atau kau angkat besi hitam untuk kau kapakkan mukanya? 

bayangkan yang dicurangi itu ibumu.. apa kau akan diam dan katakan pada ibumu " salah ibu, ayah jadi begitu.. ibu tak pandai amek hati ayah.." 

atau kau akan cari perempuan yang memisahkan ayah dengan ibu?

ya! ia tidak jadi pada kepala aku.. jadi aku rasa ia macam drama.



dan hamizah, berfikirlah...
jika yang dilukai itu kamu.. dan dicurangi itu ibumu.


dan aku terdiam, ia terbang tepat di kepalaku..
dan aku kaku
rasanya 
perit
yang hanya
wanita tahu.



Sunday, April 6, 2014

lelaki gila


lelaki gila itu
sahabat aku

lelaki gila itu
teman baikku

cerita dia pernah jadi cerita aku
cerita aku pernah jadi cerita dia

lelaki gila itu
wajahnya manis
petah berkata
setiap bualan
pekelicahan tercipta

senyum tak kering gusi
ketawa tak kering gigi

lelaki gila itu
buat hidup lebih bermakna

Friday, April 4, 2014

keterbutaan


mengenai keterbutaan mata aku yang semakin lama semakin teruk dikerjakan oleh pencahayaan lampu, penembusan cahaya flash kamera dan skrin-skrin LCD serta penggunaan komputer yang kerap dan sapuan keterukkan masalah sakit kepala yang kononnya para medik memanggilnya migrain.. nah, aku terpanggil untuk memakai semula kanta cekung yang kononnya lagi boleh membaik pulih pemandangan kabur aku ini.

secara persendirian nya, aku rasa pabila aku bermata empat, dunia seolah-olah izhar khalqi ( terang dan jelas), nah... aku kembali berfikir.. mungkin selama ini benar penglihatan aku kabur, uzur dan malap..cuma aku tak mahu akur dengan kekurangan ini. namun, aku rasa pemandangan jauh lebih disekat, bila mana wujudnya palang palang istimewa.. yang mungkin dipanggil bingkai. ahh, tak selesa! itu aku panggil tak selesa.

dan mulalah berceritera, ada yang melihatku seperti ibuku.. ada yang nampak aku sperti kakakku,( itu benar maha pelik.. sedang kakakku tidak berkaca mata.. ) ada yang kata.. whoa... you looks like your sister (itik). pada aku, aku nampak seperti aku. tetap buruk, hodoh. nah, kanta cekung menambahkan lagi keburukan yang sedia ada.

tapi rilekslah! aku bermata empat kerana baiknya pada aku jua. persetankan segala rasa, kau buat ini untuk belajar,hamizah!

ini mama-ku dan itik.. ya, mereka yang tak bisa hidup tanpa mata tambahan. tak percaya?
cuba satu hari kau sorokkan mata tambahan itu, pasti kau dapat lihat
manusia merangkak mencari bantuan.
penglihatan
hahahaha



Thursday, March 20, 2014

beritahu



puisi atau bait bait ini aku tujukan buat dia yang
aku anggap sperti adikku.
(seseorang yang boleh aku harapkan)


keliru
antara tipu dan dusta seakan nampak
sama tapi bukan serupa
menidakkan yang iya
mengiyakan yang tidak

adik
jika aku terlalu menekan
beritahu aku
kerana tanpa mu, sunyi hatiku
sunyi
sunyi
senyap bermusik lagu
tiada rentak berdenyut

adik
jika aku terlalu mengarah
beritahu aku
kerana tawamu,
seperti aku ter-rindu
kerana celoteh mu
seakan aku ter-rindu

adik
aku rasa jauh
jauh tak seperti dulu
sedangkan kita bersama sebelum
hari itu
sebelum kau bermuram
sebelum kau bersedih
sebelum kau memilih untuk
meminggirkan
pinggirkan aku
aku
aku

dah kau tak anggap
penting untukmu

Tuesday, March 11, 2014

kerana


aku dipinggir
dibulat diguling
dibujur digolek
dimundarmandir

kerana aku insan biasa
insan yang kau  anggap tiada
tiada pun tak apa
kerana aku tak penting
tak sepenting mereka yang
lain

ya kerana aku
bukan penggoda
kipas kau dengan puji pujian
ya kerana aku buka pelayan
memancar kata tanpa senyuman

kerana aku
adalah aku
bukan hina sebagai penggoda
menyusun puji untuk meminta
secubit hormat yang mungkin tersisa

kerana aku
adalah aku
bukan pelayan sembarangan
menyusun senyuman dalam bait bait ucapan
kerana manjaku hanya
untuk DIA.
DIA yang aku belum tahu siapa.

Monday, March 10, 2014

kisah rindu



sungguh aku rindu
teramat rindu
rindu
pada kamu

pada kamu yang menjauh
pada kamu yang bersungguh
bersungguh untuk menjauh

sungguh aku rindu
pada senyum dan gelakmu
yang senyum dan tawamu
pada senyum
senyum
senyum
senyum dan sentuhmu

Tuesday, March 4, 2014

kejam.



macam yang korang tahu, bagi yang mengenali aku.. aku sejenis manusia yang kurang mempunyai daya minat terhadap bayi, kanak kanak dan senagkatan dengannnya.. aku mungkin tidak dilahirkan menjadi seorang ibu, atau tiada sifat keibuan, atau mungkin.. belum ada timbul sifat2 keibuan, pasal aku memang rasa zero opportunity untuk mempunyai anak. boleh dikatakan, dalam seumur hidup aku, aku tak pernah fikir nak ade anak! ok fullstop.

dan bagi yang mengenali aku, mungkin mereka tahu.. aku bukan jenis yang suka pada haiwan. nah! sehingga kan kucing seekor pun aku dah melopat, ape lagi kalau haiwan2 yang sejenis dengan tikus.. dari jauh pun dah cukup geli aku nak pandang. tak kesah lah bagi nama ape pun, glider ke.. hamster ke.. yang penting ia tikus! dan aku memang tak boleh go dengan haiwan. pernah aku try didik hati, bela ikan.. ya! ikan juga mati dalam jagaan aku. pernah aku try nak jaga haiwan lain.. ya!! ia semua bagai mimpi dan aku tak mungkin terjadi.

dan sekarang apa kau akan fikir tentang diri aku? tiada dibenteng perasaan kasih sayang.. ? atau seseorang yang memang membosankan.. sila beri pandangan anda. sila letak kata hati.. sila berfikiran negatif.

sebab sekurang-kurang, aku bukan mereka yang kononnya ada hati, yang mengaku ada cinta.. dan selepas itu mengzalimi. tak percaya? kau boleh tengok di dada dada akhbar, ade banyak kes bayi dibuang.. ade banyak kes anak ditinggalkan, dan ade banyak kes anak dijual. dijadikan mainan, mangsa. dikejami. diletakkan harga pada setiap belaian kasih dan sayang.

cuba kau selak video video di internet, laman youtube misalnya.. berapa rakaman ayah ibu merotan, memukul, mendenda anaknya dengan kejam. cuba kau lihat bekas2 lebam di badanya. cuba kau rasa luka mereka. SAKITT! ia pedih.. ia pedih yang amat bila terkena air. lukanya pedih bila terkena pakaian.. sakit ketika mahu baring sebelum tidur. ia SAKITTT.

dan kau masih mengaku kau punya kasih dan sayang. kau masih mahu mengaku mempunyai cinta gila bayang? syukur tuhan, kau kata aku membosankan. kau kata aku tidak berbenteng kasih sayang.. syukur pada tuhan, asalkan aku bukan seorang yang kejam. yang merosak anak sendiri. yang meluka mereka yang kau kasihi.

kau tengok lagi, kau tengok video bayi umur 2 bulan dirogol, sehingga terkoyak kulit-kulitnya. dirogol bapa.. dirogol oleh bapa sendiri. di-ro-gol ba-pa-sen-di-ri. kalau perempuan dewasa, kau salahkan cara mereka berpakaian, nah!! mungkin kau mahu salahkan bayi yang mungkin lahir tanpa pakaian? nah, katakan aku tiada kasih sayang... aku mahu dengarkan lagi.

kau pernah tengok, anak anjing dipijak. dipijak oleh sekumpulan wanita muda. memakai kasut nahhh tinggi menjulang, dipijak anak anjing sehingga mati. nah.. bertapa kasih sayang kau orang. bertapa hinanya aku, bertapa bagusnya kalian.

ada berjuta.. berjuta vidoe, gambar yang boleh kau lihat,.. dan kau masih katakan aku seorang yang lahir tanpa kasih sayang. sayang, kau silap! aku mungkin tidak serasi dengan bayi, mungkin tidak serasi dengan kanak-kanak.. mungkin aku bukan pets lover.. tapi aku bukan seorang yang kejam. saat menonton satu satu peristiwa , hati kecewa betambah luka. airmata menyinggah ke muka, meratap setia kekejaman 'cinta'.


aku lah manusia.. yang kau kata
tiada perasaan cinta

Friday, February 21, 2014

kena steady



well, rutin sebagai seorang yang agak sibuk sekarang memang sangat merunsingkan. bukan aku tulis ini untuk bagi tahu apa aku rasa, atau bukan sebagai satu pengaduan. tapi sebagai satu perkongsian hati ke hati. boleh dikatakan setiap hari aku kena pergi ke ofis. banyak kerja kena dilaksanakan. dan satu perkara lagi, biasa nya aku akan pulang pada lewat malam. 

kalau dah masuk office tu, tiada masa untuk sesuap nasi. kerja kerja kerja. kalau lepak2 sekejap.. lepak...lepastu kerja. but well, aku memang kena teruskan.. ini tanggungjawab. 

nak dijadikan cerita, aku pulak ade migraine. jadi kena lah ke sana sini membawa pain killer. doktor ade kata, jangan bekerja waktu malam. tapi aku banyak kerja.. tak termasuk lagi dengana kena score baik punyyyaaaa untuk semester ni. yelah, semester ni banyak subjek yang payah nak settle. contohnya control. pegh!! susahnya kemain....

jadi, aku nak merakam sejuta terima kasih kepada kawan2 aku.. terutamanya pada syila, bella dan mus. kerana memahami tugas aku dan sentiasa menghiasi kepenatan dengan perangai korang yg bukan2 tu. thanks pada oya, yg jadi satu satunya tempat luahan hati. special thanks to masyi yang menemani hari-hari ku, yang menjadi satu satunya teman disisi. :) ghee. 

Sunday, January 26, 2014

hina


bila diri ini diketepikan. bila rasa ini doherdikan, bila jiwa ini dipermainkan.

aku ada cerita. cerita jauh, besar dan lumpuh. ia bercerita tentang hidupku.

ia terlalu rahsia, ia terlalu gundah. ia tiada tempat beralah.

mereka kata aku perlu luahkan, dan pada siapa aku harus luahkan?

pada mereka yang akan menghukum aku, atau menghukum peristiwa itu..
atau menghukum mereka di dalam cerita itu?

atau aku perlu ceritakan pada kamu?

yang bisu.
yang pekak bisu
yang jelas pekak dan bisu.

mereka kata mereka akan berkongsi bahu?


lalu pada siapa perlu aku titskan air mata.. pada siapa aku sandarkan kepala
pada siapa aku perlu luah rasa kecewa.

mungkin pada mereka. pada mereka yang kononya akak membentang selebar bahu
mendengar cerita ku
\menangisi rasa, sperti menangisi hatiku..
apa mereka begitu?
apa mereka kesah tentangku?

tidak. ia bukan realiti. ia mamahan sudut fantasi

atau aku perlu sandarkan kepalaku kebahumu?

yang meninggalkan ku
yang jelas meninggalkanku
yang jelas pergi meninggalkanku.

ya rabbul izzati..
aku tahu ini ujian darimu. ya..aku tahu

dan aku telah redha untuk mencari
ubat penyembuh duka,
pil perancang bahagia..
dadah pengubat kecewa.

Monday, January 20, 2014

sakit kepala

 assalamualaikum. hey there everyone

sejak akhir akhir ni aku asyik diserang sakit kpala yang berat dan sehingga mengganggu prestasi kehidupan. pada mulanya aku ingat kerana terlalu stress belajar. tapi kini aku rasa runsing bila ia masih berlarutan hari ke hari.

bukan lah nak poyo siapa tulis entry dekat blog, tapi kesakitan yang dihadapi sangat lah diluar jangkaan, lebih dari sakit migraine yang biasa.  aku pun berusaha menjadi dokter sendiri.. dengan beranggapan ini adalah akibat daripada pemakanan aku yang bercampur baur.. tapi dah berjuta juta kali aku buat pemeriksaan darah.. segalanyaa masih dalam kawalan. nak kata darah aku tinggi.. nah, darah aku boleh dikatakan jauh dari paras normal. nak cakap tak normal tu tak masuk akal. tapi kurang lah, means OK lah kan..

nak kata aku tak cukup tidur atau kurang rehat.. yeahh.. mungkin juga.. tapi benda ni dah selalu.. suppose dia dah immune . sebab kalau tak, susahlah aku nanti.. sebab schedule makin lama semakin busy. uweekkss =.=

so friends, kalau korang ade ape ape perkongsian tentang permasalahan aku ini. silalah rujuk aku. bahahahaha

Monday, January 6, 2014

mom..



to be a mom, or mother is really not a simple job. you are seriously will gonna mess up with kiddo whom we all know that they are born to be so naughty and annoying. there are no such thing to have children without raising them up. unless, your kids are adopted, or maybe you leave your kids to the ancestors. ( err.. i mean, something like you're asking your parents or maybe sisters to look after your  children while they are babies..)

some of them are too excited for the marriage just because he/she do loves the beloved so much, not even or never thinking what is the commitment of having a serious relationship. some sort, loving means a thing, when it comes with wealth.. as we can see, there are so many couples out there in love.. they love each other, the care about each others. but well, if the boy ask the girl to marry him.. are you really think that the girl really wanna be a mom to the kids? some of them are just to excited to be only with the boys!

wives and mothers responsibilities are not even the same, although it might seems alike. for the sake of husbands, wives have to manage everything for them. manage the foods to eat, manage the house arrangements and etc etc etc. its same goes to the kids, care about them, cook for them, play with them, teach them..

but well, how far you can go on comparing husband and kids? husband is someone you love, an adult and you can ask what he wants and donts, as simple as you do what he wants, and he thanks you.. he will appreciate you and loves you more. thats what an adult should do. 

 but for kids, they are coming to the age of exploring.. everyday they will doing something new, and when exploring, they will do something that makes your work doubled.

lets make an example,  where one day, your little boy wants to explore everything at the house garden. ok, he then try to recognize the flowers, pots and etc. then, by mistake, he fell down at the dirty wet ground. his clothes was seriously wet, dirty and full of dirt. when he fell, he do breaks the pots, soils of some flowers fluttered all the way. now can you see how kid could doubled your jobs?


that is why to be a wife and mom, a girl should be ready by heart. they not only have to think about other peoples feeling.. but they have to ready by physically, emotionally and they have to be ready by heart. they have to know, that they gonna have the cute lil babies , who will grow to be kids.. then teenages, before going to the age of adult.

sometimes, there are mothers.. who try hard to befriend with their children..sometimes, they want to treat the children like friends. at first, i was thought that was a good idea. but well, after some examples that i manage to watch them in front of my eyes. i agree that i have to put a second thought of it. making promises with 3-4 years old kids means nonsense. ask them to be quiet and try to understand their business is also nonsense. telling the kids about adult problem is really not making sense. what will happen, is usually the kids gonna break the rules, gonna break their promises.. and you get very angry and some of you will tend to scold them in front of others.. and tell me, scolding in front of peoples is the way you want your friends to treat you? i guess you dont.

so after all, i guess.. to be a friend to the children, a mom should know what the best time to start the propose. teenage life is the one, i guess the best time after all.

my mom and me, we dont really have the 'best friend' relationship, but  understanding and giving opinions are the way she been doing to get close to me. she try hard, really hard to manage a growing children.. try so badly to get through the new era. i am very lucky to have her in my life. lucky to have a modern mom, who understand technologies and loves shopping.  who can woke up early in the morning.. mom is very busy, she couldnt make a sandwich in every morning.. because she knows, sandwiches is not her children priorities.

thanks Allah for my mom.

but what i want to share right here... not every women in the world is born to be a mom. some are connected to health problems. some are too nasty of knowing about kids.

i am the one who believe that not all people in this world are born to be a mom. but once they get to be a mom, they are trying so hard to be the best one. a big applause for them.

give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again