aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Friday, May 31, 2013

lagi satu cerita seronok..

ni kes yang aku lansung tak boleh pikir.. adakah benar adakah tidak..

nak dijadikan cerita.. aku sebenarnya kurang ready nak amek ujian sijil rendah ni..
bukan sebab nak kerek kebenda.. aku dahla tak hafal step, salu on-off sebab duty2 lain...
tapi aku selalu ingat.. yang silat ni satu medan ukhwah islam.

masa ujian teori, aku hanya sempat datang, kelas yang diadakan di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. tu je. kelas lain memang aku ta sempat pergi.. nak hafal memacam, aku ni.. ade otank yang agak perlahan perjalanannya. ade lah tahap turbo, si siput yang bella cerita tuh.. nak kasi lebih real, buku nota teori silat pun aku takde, apekan lagi ilmu-ilmu sejarah? hihihi.. ade jugaklah aku janji nak study sesama gn member aku.. tapi sudahnya, kami bantai tido.. err, TAK! aku bantai tido, so.. bila tengok aku tido.. member aku yang setia ni pun join sekaki.

so, masa dalam perjalanan ke ujian tu, aku suruh kawan aku dok ulang pantung 8 rangkap tu.. dua kali dia dok ulang2 pantun tu kasi aku ingat.  aku ikut perlahan-lahan, nak masukkan jiwa dalam pantun tu.. malam tu, naahh kau! soalan bahagian akhir, 1 page, semua tentang pantun.. GILA!
nasib baik, kawan aku bacakan.. kalau tak... ta mungkin aku hafal~~
thanks,puteri!!

test kali ni, utem hanta 11 orang.. 9 lelaki dan 2 perempuan.. aku dengan puteri je perempuan. so, kalau aku ta dtg, puteri sorang.. kalau puteri ta datang, aku sorang...untuk ujian praktikal, aku adelah sempat dtg 2 minggu kelas, cmtu.. aku mahirkan buah2 kemahiran. ade beberapa hari, puteri tak datang, jadi aku terpaksalah sorang.. mungkin balasan aku, sebab selalu tinggalkan dia sorang kot..

hari sebelum test, aku panggil kak idora gn puteri untuk teman aku hafal semua buah yang ada.. ya allah, berkat kesabaran diorang ngajar aku, aku tak sangka yang aku mampu hafal semua buah yang ada..alhamdulilah..

esoknya, aku saja datang lelambat sket, supaya takdelah neves kemain.. tapi.. ape nak buat, neves tu datang tanpa diduga, ohh, ta sangka..

bila nama aku dipanggil.. abang hensem tu suruh aku check no ic dan nama aku, pastu die suruh aku selawat bebanyak dan ingat wajah guru dan ibu bapa.

dan dia pergi, u turn balik ... khas untuk cakap..
" err.. tahu tak kes tadi? "
*kes budak luka, kena 6 jahitan..
aku, mengiyakan, dan dia kata lagi..
" haaa.. tu kaunter awak letu.."

OMG.. merah putih, biru kuning muka aku masa tu..
silap-silap boleh jadi bendera malaysia agaknya..
tinggal berkibarlah, bekibarlah je..
 bila aku kepucatan tahap maksima,
ade satu abang chubby ni dtg kat aku..
die tanya kenapa aku pucat..

dengan segala hormatnya, aku beritahu dia..
" kite takuuuttt... "
dan die jerit..
" takut selain Allah itu syirik! "
aku pun cuba menormalkan perjalanan darah
die pesan aku suruh selawat dan banyak ingat tuhan..
ini satu ujian, bukan depa datang sini nak bunuh aku.. yetak..
asal aku nak takut sangat ek?

so aku masuklah dengan lafaz bismillahirahmanirahim.
dan lalui lah 23 serangan tanpa henti itu..
ohh, mengujakan..
walaupun aku cemas, neves kemain dan kekok..
takde satu pun aku jatuh atau tergelincir..
semua berjalan dengan baik..

dan sekarang...
keputusannya sudah keluar..
dan alhamdulilah, aku lulus..

tapi sayang..
aku ta boleh konvo..
sebab aku ade paper hari tu..
agak kecewa..

:(

ok, bye..

LOVEANDFAITH,
miezamohamed

one night.

 i thanks Allah for his presence.
 i love him just the way he is. 
as friend, as teammate, as connector, as mentor
 as number one important person after mom and dad.

he is not my boyfriend. he will never be, 
boyfriend is not what looked by me
but he always a boy, and my superb friend.
he is the one, which my time really wanted to spend.

understanding, soft-speakers, funny
active, don't speak nonsense
always supportive
always
be the best one for me.

his eyes, his heart
his willing
only for Allah he'll performed everything

how could i find someone 
to replace him?
he never be replaced, never be 

he looks perfect for me

how i seriously hope he was in the same place with me
but Allah knows better
better that me, better than him
better than us


for the phone call.. i thanks Allah for this.
for the care and support.. i thanks Allah for these

and for Allah sake, thank you for always be
the one for me
to feel alright
and the support for me
to get
survive

In Sya Allah.

31May 2013 
22:40 - 23:14

Wednesday, May 1, 2013

dah tahu dah nak pilih yang mana?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
hye kawan2 semua..
di kesempatanm ini mahu le aku mengucapkan
selamat pulang ke kampung halaman untuk mengundi!! yeay~
(err.. macam ucapan raya pulak..)

komen aku?
err... aku belum mengundi lagi tahum ini, walaupun umur aku ni sepatutnya sudah layak diberi peluang memangkah undian. tak..tak...
bukan pasal aku tak daftar.. tapi sebab aku baru je meningkat ke alam dewasa dalam minggu lepas.. '
so, na undi apakah?

but since i am 21 right now, i think the political views is really my part right now..
yang bagusnya, aku masih lagi neutral dalam perkara ini.
tidak taksub dengan memana parti politik
dan tidak terlalu terikut dengan ajakan dan kata-kata mereka yang lebih tahu.
aku lebih suka menilainya sendiri..

bagi aku, satu penguatkuasaan dan kaedah pelaksanaan perlukan transformasi yang baik untuk meletakkan negara kita nun jauh ke puncak kemajuan..
dan dalam masa yang sama, sistem-sistem yang digunakan, perlulah menjalankan sedikit reformasi untuk memastikan TIADA berlakunya hal-hal yang kita tak mahu seperti korupsi dan tuduhan melulu tanpa bukti kukuh.

dari sudut pandangan aku, aku kurang memercayai bukti-bukti gambar yang telah diedit. well, some will says that.. ' this is so true..' or maybe ' this is without editting..'
kayyfine! percaya sangat~~
dalam dunia serba canggih ni, aku percaya perkara ini boleh terjadi
cuma terpulanglah kepada sesuatu pihak itu untuk meneruskan atau tidak tindakan yang tak bagus ini..

tidak aku nafikan, kerajaan yan terdahulu amat bagus. belum pula kita pernah mengamlami masaalah rumit yang tidak boleh diselesaikan. kecuali masalah Lahad Datu. jadi, aku rasa kerajaan akan datang boleh meningkatkan tahap keselamatan negara, seiring mengkaji semula sistem kewarganegaraan yang diberi.. adakah warganegara diberi percuma, untuk meraih undi? semoga ia bukan seperti itu.

dalam masa yang sama, aku kurang setuju dengan satu pihak lain, yang mahu memberikan bnanyak keperluan 'percuma' kepada rakyat.. sincerely, we dont really need it. yes! mungkin  ia nampak seronok, tetapi untuk mengekalkan ekonomi negara kita yang sudah mencapai kepada ' negara membangun', ia barangkali sangat mustahil. jangan risau! jika kita  sudah mencapai negara maju yang diilhamkan dalam Wawasan 2020, in sya Allah... kita mampu beri keperluan percuma kepada rakyat.. ini sekadar pandangan aku lah.. aku pun baru je dalam arena politik ni. salah silap, harap diampuni ya! negara kita bukan negara free lancer, itu yang pasti, :) daripada kita membelanjakan duit yang sedia ada, lebih baik kita jana duit untuk keperluan akan datang. kita kena ingat, semakin hari.. minyak kita semakin kurang.. bahan mentah semakin mahal.. dan akan datang, kita mungkin akan kehilangan sumber, dan di situlah duit yang kita jana itu boleh digunakan.. itupun.. kalau tidak berlaku ape2 korupsi atau lebih dikenali dengan istilah ' makan harta rakyat..'


adalah satu belog aku baca dua tiga hari ni.. die menyokong untuk satu pihak itu menang supaya boleh memberhentikan tuduhan-tuduhan seperti ketidakbagusan sistem SPR, kes undi hantu, kes dakwat kekal.. dan paling penting.. memberhentikan 'tunjuk perasaan ' atau 'rusuhan' yang kian menjadi2 di negara kita.

perihal tunjuk perasaan ni, pada mulanya aku kurang bersetuju dengan cara mereka yang melakukan perhimpunan yang melibatkan ramai penduduk dalam kesusahan dan mengakibatkan banyak kecederaan. tetapi pehimpuinan yang 112 tu, aku agak bersetuju, selain dari[pada mendapat kebenaran, dikawal pihak berkuasa, perhimpunan ini juga berjaya membuka mata kerajaan sedia ada. macam yang aku katakan tadi... mereka juga ada salah silapnya.

yang terakhir dari amatur aku, biarlah kita dipandang buta politik, asal kita jangan buta parti politik.
undilah mereka yang boleh memimpin, mengetuai, membawa kita kearah kemajuan negara dan kemajuan modal insan, bukan membuang undi mengikut parti yang mereka bawakan. undi ahli politik, bukan parti polittik.

dan sangat tidak salah, kita mengundi untuk seseorang yang tidak sama parti dan pandangan kita, yang paling penting.. mereka boleh m,embawa negara kita kepada yang terbaik :)]

sanagt amatur aku ni~

selamat mengundi guys!!
miezamohamed.



give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again