aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Saturday, February 23, 2013

MALAS NAK DRIVE.

pernah tak korang ade perasaan malas nak drive, kadang2 tu jauh sangat perjalanan.. kadang2 tu dekat ciput je. tapi memang malas menguasai diri kamurang..

mama ajak aku teman dia pergi kedai accessories kereta. tapi aku malassss sangat nak pusing sampai malim yang bukan jauh sangat pun dengan rumah aku.. cam dalam 5- 10 km je macamtu. tapi, aku rasa maaaalaass sangat. aku suruh mama amek aku dirumah, naik satu kereta je. tapi mama kate, kalau dah sampai rumah, dia kena pusing pusing balik, macam tak best. so, dengan kemalasan dan sifat manusia aku yang nak mengamuk disebabkan malas.. aku pandu ke kedai itu jua.

sampai di kedai tu, sebaik sahaja aku keluar dari kereta, aku nampak.. seorang ibu, mengelek seorang bayi, memimpin dua org anak kecil, di belakang nya pula ade lagi 2 anak lelaki yang mungkin baru sekolah rendah, melangkah dang menapak, menuju ke mana aku tidak tahu.. tapi, aku cuba rasakan.. ya! mungkin mereka dah lama pun menapak, mungkin dari rumah.. mungkin menuju ke stesen bas, atau mungkin berarah ke sesuatu tempat. cuaca benar panas, terik.

aku mula berfikir, sudah diberi kemudahan dari Allah, tetapi aku masih tidak mahu bersyukur. Astagfirullah.

bak kata Hazama dan Amy Search dalam Simetri :


Sudah susah mahu yang mudah
Sudah mudah jangan bikin payah


love and faith,
miezamohamed

No comments:


give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again