aku kamu dan gyea
Wednesday, April 23, 2014
meluahkan atau biarkan ia terluahkan
ya, aku sedang duduk di library pada waktu sepatutnya aku berada di dalam kelas. tapi kegelisahan memakan aku, aku terus berfikir tentang permainan yang sedang berlaku. memula aku fikir, perkara ini perkara mudah. aku cari dealer, dan aku bagi jadual. tapi mereka rumitkan dengan permasalahan waktu, jadi aku fikir lebih baik gunakan wakil sebagai pembantu.. dan selepas itu, timbul satu kompromi lain meperjuangkan perkara yang sama.. dan aku terbisu. membutang lagu. haihh.
ehh.. lupa! bukan tajuk ini yang aku nak tulis dalam entry kali ini.. kali ini, aku mahu tulis sesuatu buat kawan ku. ya, kawan yang rapat dengan ku. express. nah, bukan bas express! bukan express cepat pantas elegen itu.. express in way of expressing, meluahkan rasa. dia tanya pendapat aku, adakah patut satu hari terakhir yang bakal die berjumpa dengan lelaki yang dipuja,.adakah wajar dia meluah rasa?
and well, aku menulis ini buat pembacaan dia. kalau hampa nak baca, hampa baca.. kalau tamao.. nah, ade butang X kaler merah di hujung tingkap, belah kanan.. klik disana.
ada sebahagian manusia, pabila mereka mengetahui ade pihak lain yang memendam rasa pada dirinya, beliau akan rasa tidak selesa. rasa rimas dan sentiasa rasa diperhatikan. dan itu boleh membawa kesan buruk pada hubungan persahabatan. jadi seseorang itu kena fikir, adakah persahabatan itu lebih penting daripada rasa cinta? atau sebaliknya. baka kata pepatah matsaleh " i dont care if i have to lost my love, but i dont want to lose you" kekekek.
ada pulak beberapa pihak pula yang akan mengambil kesempatan pabila tahu sesuatu pihak memendam satu rasa kepadanya. ya, dia sendiri ta mahu berkait dengan perasaan yang ada pada pihak itu, tetapi dia mengambilnya secara suka suka. rasa gembira bila ade orang yang sanggup buat apa sahaja deminya,. ini aku panggil karektor bajet artis. jadi seseorang yang ingin meluah rasa itu perlu berfikir waras untuk meluahkan rasa. jangan sampai kerana rasa, hidup merana. cewahh.
ada pihak yang boleh menerima pengakuan itu dan jika dia tidak berminat, die boleh menolak dengan sebaik baik cara. haa.. ini baru aku panggil PSY. sebab dia mother father gentleman! haha.. bukan apa, kalau kita menolak atau menerima sesuatu itu, bukankah lebih baik kita membuatnya dengan sebaik baik cara. dan apa pun keputusan yang bakal diberima, si pengaku perlu menerima dengan hati terbuka...
"i open my heartttttt......." okay dah.
bila aku tulis ni, mesti koreang kata, kenapa tak de komen positif untuk aku berikan pada kawan aku ni? laa.. ni kan pendapat aku, suka aku lah!.. hahah, eh tak,tak.. sebab.. aku kena bagi kawan aku semangat, sebab peluang dan possibbility itu kita tataw. tuhan sahaja yang mengerti segalanya. :) dan aku benar tahu
expressing itu bukan mudah, jadi memang suruh kawan aku fikir semasaknya..yelah, apalagi selepas mengetahui yang lelaki pujaan itu mempunyai teman dihati.
bagi aku, ta jadi masalah jika dia nak meneruskan niat nya itu, mungkin kawan aku ni berpegang pada kata kata.. " BERANI KERANA BENAR, " cehh. *takdde kaitan sangat punn * tapi aku berharap kawan aku bersiap sedia menerima jawapan atau keputusan yang diberi oleh lelaki itu. lagipun, aku memang tahu, dan orang kampung aku di amsterdam selalu berklata " better regret in what you did, rather than you never try doing it " cehh.
dan pada aku sendiri, aku kurang berminat dengan situasi pengakuan ni sebenarnya, mungkin aku jenis yang takut menghadapi realiti. dan mungkin juga aku lebih suka kalau sesuatu perhubungan itu berlandaskan persahabatan. jodoh tu aku percaya satu je, di tangan tuhan. dan aku jenis yang suka sesuatu perhatian, dan allah sedang perhati apa yang aku lakukan.. dan dia sedang pilih seorang yang paling aku perlukan..
nasihat aku buat sahabat, kawan baik atau temanku : kamu punya masa 6 bulan daripada tarikh itu.. bersama dengan Allah. kau bersujud padanya memohon penjelasan.. dan jika Allah kata, jalankan.. kau jalankan lah pengakuan itu. dan mohonlah padanya agar kau sentiasa pasrah dengan sebarang jawapan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
give me some sunshine
give me some rain
give me the another chance
i wanna grow up once again
No comments:
Post a Comment