ku lihatkan sahaja. mereka bermain gila. mereka bermain cinta. mereka merosakkan jiwa. ku lihatkan sahaja. mereka memasang dua dan tiga, mereka yang pandai menggoda. ye mereka kawan aku, jadi aku rasa itu hiburan dunia. bilamana mereka berhibur dengan memikat, mereka bersorak dengan mengayat. satu persatu bunga jatuh dengan kata kata. ya, tak kena pada kepala aku... jadi aku ingat ia kelakar!
ku layankan sahaja. terkadang ada yang cuba main gila. dah berbini, masih cuba memujuk ramah yang lain.. dah berpunya masih ada yang bermesra dengan yang lain. dan terkadang, ada yang berkait dengan aku, dan aku masih layankan sahaja.
lelaki.. sedarkah itu dinamakan sebuah harapan. dan harapan itu satu perjanjian. dan bilamasa sekuntum bunga itu benar terpikat dengan katamu, secebis yang kau bilang.. bisa dia ingat satu persatu..
lelaki.. sedarkah hati bunga itu telah kau tusuk dengan duri, bila mana kau cari yang lain, bila mana kau mencari yang lain. bila mana kau pergi mendapatkan yang lain. lagi perit bila kau masih mengupas kata kata, sedang kau curang dibelakangnya,
ya,tak kena pada kepala aku.. jadi aku masih rasa ia perkara biasa!
aku menulis ini, kerana aku terfikir. bukan aku anti padamu, wahai kaum lelaki. bukan!
aku menulis ini untuk kita sama sama berfikir.
melakar mimpi
berfikir
mencari destinasi
bayangkan yang dilukai itu kakak mu, atau adik perempuan mu, atau kedua duanya. apa kau akan duduk diam? apakah kau akan usap rambut adikmu dan kata.. "ya lelaki memang begitu.. ayatnya sahaja, bukan ada apa apa makna...."
atau kau angkat besi hitam untuk kau kapakkan mukanya?
bayangkan yang dicurangi itu ibumu.. apa kau akan diam dan katakan pada ibumu " salah ibu, ayah jadi begitu.. ibu tak pandai amek hati ayah.."
atau kau akan cari perempuan yang memisahkan ayah dengan ibu?
ya! ia tidak jadi pada kepala aku.. jadi aku rasa ia macam drama.
dan hamizah, berfikirlah...
jika yang dilukai itu kamu.. dan dicurangi itu ibumu.
dan aku terdiam, ia terbang tepat di kepalaku..
dan aku kaku
rasanya
perit
yang hanya
wanita tahu.
No comments:
Post a Comment