mengenai keterbutaan mata aku yang semakin lama semakin teruk dikerjakan oleh pencahayaan lampu, penembusan cahaya flash kamera dan skrin-skrin LCD serta penggunaan komputer yang kerap dan sapuan keterukkan masalah sakit kepala yang kononnya para medik memanggilnya migrain.. nah, aku terpanggil untuk memakai semula kanta cekung yang kononnya lagi boleh membaik pulih pemandangan kabur aku ini.
secara persendirian nya, aku rasa pabila aku bermata empat, dunia seolah-olah izhar khalqi ( terang dan jelas), nah... aku kembali berfikir.. mungkin selama ini benar penglihatan aku kabur, uzur dan malap..cuma aku tak mahu akur dengan kekurangan ini. namun, aku rasa pemandangan jauh lebih disekat, bila mana wujudnya palang palang istimewa.. yang mungkin dipanggil bingkai. ahh, tak selesa! itu aku panggil tak selesa.
dan mulalah berceritera, ada yang melihatku seperti ibuku.. ada yang nampak aku sperti kakakku,( itu benar maha pelik.. sedang kakakku tidak berkaca mata.. ) ada yang kata.. whoa... you looks like your sister (itik). pada aku, aku nampak seperti aku. tetap buruk, hodoh. nah, kanta cekung menambahkan lagi keburukan yang sedia ada.
tapi rilekslah! aku bermata empat kerana baiknya pada aku jua. persetankan segala rasa, kau buat ini untuk belajar,hamizah!
ini mama-ku dan itik.. ya, mereka yang tak bisa hidup tanpa mata tambahan. tak percaya?
cuba satu hari kau sorokkan mata tambahan itu, pasti kau dapat lihat
manusia merangkak mencari bantuan.
penglihatan
hahahaha
No comments:
Post a Comment