aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Sunday, November 10, 2013

rasa


alhamdulilah.. berkat kasih tuhan, semasa Festival Gamelan di UKM hari tu. sempat aku bersua dengan rakan sekelas di matrik, Farid.

saat krik krik itu sangat mengujakan, walaupun kami berdua mengaku tataw ape yg nak dibicarakan. Farid cakap.." lama nya ta jumpa mija.. rasa tataw nak cakap ape.. rasa speechless. "

aku akui, hubungan rapat dengan rakan-rakan matrik itu agak luar biasa. kami hanya sempat kenal dalam tempoh satu tahun, well to be exact.. its only 10 months, lepas ditolak cuti yang tak berapa nak banyak..

peliknya, 10 bulan itu sebenarnya tak lama.. tetapi.. aku boleh merasakan chemistry antara kami semua amat berbeza. ahli kelas kami pulak..sangat unik.. even ade perasaan tak suka, marah.. geram, sakit hati.. kami tetap unite. kadang2 tu wajiblah ade rasa kecil hati, rasa menyampah, rasa rasa lain lagi.. tapi itu semua in sya allah sementara. ini pada pandangan aku lah... berbeza gila dengan kehidupan di unversiti dan disekolah dlu.

ade rakan2 yang rapat dengan aku, sanggup pula menceritakan masalah mereka padaku, berkongsi cerita, berita.. well, hubungan yang sekejap itu memberi seribu satu pengalaman untukku...

dan ape yang aku paling sayang sekali zaman matrik ni, aku kenal erti sebuah kehidupan. di sini lah saat dimana aku di jatuhkan, di uji dengan pelbagai masalah serentak.. dan aku bangkit semula to face the reality. hidup ini tak mudah, dan tuhan TAHU apa yang terbaik untukku. syukur, DIA hantarkan mereka yang membimbingku. terima kasih Allah untuk rakan-rakan yang banyak mengajarku erti kehidupan, dan banyak mendorongku dalam mencari semangat diri. terima kasih rakan-rakan.. hutang budi dibawa mati. :D

p/s: lagi tak boleh belah.. zaman matrik ni, aku sempat kenal Oya untuk satu semester sahaja. dalam 5 bulan maybe. dan hubungan kami semakin hari semakin sayang. ukhwah fillah abadan abada! semoga tuhan merahmati persahabatan kita, seperti DIA merahmati persahabatan Abu Bakar r.a dengan Muhammad s.a.w. amiin.



No comments:


give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again