aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Tuesday, November 5, 2013

jangan



jangan ingatkan padaku..
tentang sejarah semalam
kerana itu mengundang tangisku


jangan ingatkan ku
kisah perit duka kehidupan
kerana aku telah terlalu tabah mengharungi segala

jangan ceritakan padaku
apa yang pernah lalui
lupakan ia sahaja menelan bertahun umurku

jangan katakan peritnya perasaan
mencipta sebuah kasih bukan sekali cubaan

perit dulu masih aku rasakan
tangis dulu masih aku sisipkan

kasih ini miliknya tuhan
ketenangan ini tuhan ciptakan
JANGAN!
jangan diceritakan lagi
aku tak mahu mendengarnya

aku tak mahu mengetahuinya

cukup! cukup setakat ni.
aku lemah mendengarnya

tuhan, aku takut masih berdendam
bertahun aku hidupkan sumpahan dendam
bertahun aku hidup tanpa belas kasihan
bertahun aku hidup tanpa secubit rasa kasih dan sayang

kerana tuhan
dendam itu mati kerana kasih dan sayang
sakit hati itu pergi tanpa maaf diungkap

kerana tuhan
aku tenang
aku dan dia semakin tenang
tiada lagi persengketaan
aku semakin cuba menerima keadaan

dan aku tahu, sehingga ajal
ia satu fakta yang tak mungkin diubah
dan aku akan sayangkan dia
kerana aku tahu jauh dihatinya
dia jua mengasihi.

dia tetap disitu
dia tetap waliku.

No comments:


give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again