assalamualaikum
untuk kawan2 yang mahu melangkah satu step kehadapan,dalam meningkatkan mutu jati diri.
khas untuk mereka yang baru- baru dalam memperagakan pakaian muslimah seperti saya. apa saya lakukan, untuk memastikan pakaian yang saya pakai setiap kali keluar rumah adalah pakaian yang baik buat saya?
kebiasaannya saya akan keluar rumah waktu pagi, dalam pukul 9 untuk ke kelas. selepas mandi, biasanya saya akan mengambil wuduk, dan elepas itu mengenakan pakaian. jadi elepas mengenakan pakaian, sebelum keluar dari rumah, saya akan menunaikan solat sunat duha.
jadi apa yang saya lakukan, aya mencabar diri saya untuk melakukan solat sunat duha dengan tidak menggunakan telekung. well, untuk mendirikan sesuatu solat , kita kena memastikan pakaian yang di pakai menetapi syarak dan hukum al quran.
lagipun, bukankah dikatakan, pakaian yang baik adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat?
jadi di sini saya belajar memastikan pakaian yang dikenakan cukup baik untuk saya. walaupun tidak setiap hari saya berjaya melakukan misi ini, tapi ini cara saya untuk berjinak jinak dalam pemakaian yang baik.
No comments:
Post a Comment