aku kamu dan gyea
Tuesday, March 11, 2014
kerana
aku dipinggir
dibulat diguling
dibujur digolek
dimundarmandir
kerana aku insan biasa
insan yang kau anggap tiada
tiada pun tak apa
kerana aku tak penting
tak sepenting mereka yang
lain
ya kerana aku
bukan penggoda
kipas kau dengan puji pujian
ya kerana aku buka pelayan
memancar kata tanpa senyuman
kerana aku
adalah aku
bukan hina sebagai penggoda
menyusun puji untuk meminta
secubit hormat yang mungkin tersisa
kerana aku
adalah aku
bukan pelayan sembarangan
menyusun senyuman dalam bait bait ucapan
kerana manjaku hanya
untuk DIA.
DIA yang aku belum tahu siapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
give me some sunshine
give me some rain
give me the another chance
i wanna grow up once again
No comments:
Post a Comment