aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Tuesday, March 4, 2014

kejam.



macam yang korang tahu, bagi yang mengenali aku.. aku sejenis manusia yang kurang mempunyai daya minat terhadap bayi, kanak kanak dan senagkatan dengannnya.. aku mungkin tidak dilahirkan menjadi seorang ibu, atau tiada sifat keibuan, atau mungkin.. belum ada timbul sifat2 keibuan, pasal aku memang rasa zero opportunity untuk mempunyai anak. boleh dikatakan, dalam seumur hidup aku, aku tak pernah fikir nak ade anak! ok fullstop.

dan bagi yang mengenali aku, mungkin mereka tahu.. aku bukan jenis yang suka pada haiwan. nah! sehingga kan kucing seekor pun aku dah melopat, ape lagi kalau haiwan2 yang sejenis dengan tikus.. dari jauh pun dah cukup geli aku nak pandang. tak kesah lah bagi nama ape pun, glider ke.. hamster ke.. yang penting ia tikus! dan aku memang tak boleh go dengan haiwan. pernah aku try didik hati, bela ikan.. ya! ikan juga mati dalam jagaan aku. pernah aku try nak jaga haiwan lain.. ya!! ia semua bagai mimpi dan aku tak mungkin terjadi.

dan sekarang apa kau akan fikir tentang diri aku? tiada dibenteng perasaan kasih sayang.. ? atau seseorang yang memang membosankan.. sila beri pandangan anda. sila letak kata hati.. sila berfikiran negatif.

sebab sekurang-kurang, aku bukan mereka yang kononnya ada hati, yang mengaku ada cinta.. dan selepas itu mengzalimi. tak percaya? kau boleh tengok di dada dada akhbar, ade banyak kes bayi dibuang.. ade banyak kes anak ditinggalkan, dan ade banyak kes anak dijual. dijadikan mainan, mangsa. dikejami. diletakkan harga pada setiap belaian kasih dan sayang.

cuba kau selak video video di internet, laman youtube misalnya.. berapa rakaman ayah ibu merotan, memukul, mendenda anaknya dengan kejam. cuba kau lihat bekas2 lebam di badanya. cuba kau rasa luka mereka. SAKITT! ia pedih.. ia pedih yang amat bila terkena air. lukanya pedih bila terkena pakaian.. sakit ketika mahu baring sebelum tidur. ia SAKITTT.

dan kau masih mengaku kau punya kasih dan sayang. kau masih mahu mengaku mempunyai cinta gila bayang? syukur tuhan, kau kata aku membosankan. kau kata aku tidak berbenteng kasih sayang.. syukur pada tuhan, asalkan aku bukan seorang yang kejam. yang merosak anak sendiri. yang meluka mereka yang kau kasihi.

kau tengok lagi, kau tengok video bayi umur 2 bulan dirogol, sehingga terkoyak kulit-kulitnya. dirogol bapa.. dirogol oleh bapa sendiri. di-ro-gol ba-pa-sen-di-ri. kalau perempuan dewasa, kau salahkan cara mereka berpakaian, nah!! mungkin kau mahu salahkan bayi yang mungkin lahir tanpa pakaian? nah, katakan aku tiada kasih sayang... aku mahu dengarkan lagi.

kau pernah tengok, anak anjing dipijak. dipijak oleh sekumpulan wanita muda. memakai kasut nahhh tinggi menjulang, dipijak anak anjing sehingga mati. nah.. bertapa kasih sayang kau orang. bertapa hinanya aku, bertapa bagusnya kalian.

ada berjuta.. berjuta vidoe, gambar yang boleh kau lihat,.. dan kau masih katakan aku seorang yang lahir tanpa kasih sayang. sayang, kau silap! aku mungkin tidak serasi dengan bayi, mungkin tidak serasi dengan kanak-kanak.. mungkin aku bukan pets lover.. tapi aku bukan seorang yang kejam. saat menonton satu satu peristiwa , hati kecewa betambah luka. airmata menyinggah ke muka, meratap setia kekejaman 'cinta'.


aku lah manusia.. yang kau kata
tiada perasaan cinta

No comments:


give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again