aku kamu dan gyea

aku kamu dan gyea
aku, kamu dan gyea

Sunday, April 28, 2013

pada suatu sosej dahulu..



berdasarkan kata-kata hikmah sang penglipurlara.. terjadinya satu kisah dahulu kala, yang menyentuh minda rakyat jelata sehingga ke hari perkhabaran ini berlaku.... 

opppp... ok dah~ kurang2kan lah merepek miza oit.. kau 21 tahun dah~.

okayy, masih kah kau ingat... sekuntum bunga itu di tapak tangan ini, ia menjadi layu.. lalu ku gengam ia menjadi debu.. masihkah kau ingat, masihkah kau ingat~~

kalau pasal bunga layu pun kita boleh ingat, how on earth kita boleh lupa tentang tragedi pertandingan makan roti sosej itu?

kisah nye bermula begini, pada hari kejadian.. dalam keadaan serba kekurangan... aku pergi ke pesta konvokesyen U aku. dengar khabar nye, ade satu pertandingan makan roti sosej akan dijalankan.. ewah~

syarat permainan ialah.. bayaran yuran rm2 akan dikenakan. jadi aku pun berfikir... rm2, pastu makan banyak2 roti sosej.. ok good! aku nak masuk.. supaya aku dapat berjimat, makan makanan tengah hari dengan harga hanya rm2! 

tetapi apabila sampai ke tapak pertandingan, rupanya... lahh!! makan satu roti sosej je~ rugilah.. sebab harga roti sosej usually rm1.80, jadi maka dengan itu aku pun malas nak masuk.. selepas beberapa kejadian pelik aneh dan rasa tak puas hati berlaku.. aku pun membuat keputusan untuk masuk jelah pertandingan tu. 

pada masa tu, kawan2 aku dah kenyang sebab baru lepas hirup sup daging, tak silap aku.. jadi, tak semua jadi join pertandingan tu. bila perebutan berlaku... kami dimarahi oleh pegawai U yang berada di sana.. disebabkan hal itu juga.. kawan2 aku tanak masuk dan, mereka tidak memadam nama aku.. 

semasa syarat pertandingan dijalankan, aku terfikir yang aku baru saja kehilangan rm0.20 kerana masuk pertandingan ini.. jadi aku arah kan aim aku kepada kemenangan.. lalu aku mulakan dengan taktik NAK MENANG!.

ketika pertandingan berlansung.. aku makan sehabis boleh.. sampai roti tu memang dah nak habis... disebabkan aku malu untuk mendengar ayat : patutlah menang.. tengoklah SAIZ. or dahla gemuk, no satu PULAK TU..

jadi aku menurunkan gear aku, supaya aku menang no 2. tetiba, ade satu kakak tu menang no 1. jadi.. aku pun lajukan kunyahan.. so sad when tetiba there is a thin girl, kate SIAP! and she gets second. aku pun mempercepatkan gigitan, and end it with 3rd place.

sebab itulah aku menang... kalau cerita malu tak malu.. sure aku kate.. malu gila weyh~
tapi we are in U life~ we takes adventure, we go for challenge.
jadi aku pun mengambil tindakan menggila masuk pertandingan ini..

THATS IT!

No comments:


give me some sunshine


give me some rain

give me the another chance

i wanna grow up once again