kalau sahaja aku boleh....
putarkan masa semula, aku tidak mahu melakar janji..
kerana janji,aku masih disini
sedangkan die masih belum pasti.
kalau sahaja aku boleh.....
kerana kasih aku masih berdiri
sedangkan dia terbuai bermimpi
kalau sahaja aku boleh......
menutup telinga, aku tidak mahu mendengar rintihannya
kerana rintihan,aku masih berlari
sedangkan dia masih tidak sedar apa yang terjadi
kalau sahaja aku bisa....
menutup mata, aku tidak mahu membaca tutur bahasanya
kerana bahasa, aku tetap menemani
sepanjang malam tanpa henti.
sedangkan dia, sedangkan dia
masih lagi mencari identiti hati yang tak pasti
kalau sahaja aku boleh....
padamkan nota, akan aku tenggelamkan segala memori
agar aku boleh mencari damai dihati.
mencari erti kasih di hati
mencari zatNya yang katanya tersembunyi
sedangkan dia, tidak akan pernah
tidak pernah merasa kewujudanku, tidak pernah merasa keikhlasanku.
kalau sahaj aku boleh....
membina satu pengakhiran, akan aku sisipkan air mata berlinangan.
walaupun aku terluka yang sangat dalam.
sedangkan dia, masih lagi di dalam.. mencari jawapan bagi berjuta persoalan.
esok...
dia akan datang kembali, merintih, menghantar bahasa padaku
menangis, membasahi bajuku.
mencari, meratap kasih dariku...
dan masih, aku masih memberi
walau sejuta kali aku katakan untuk berhenti.
ambil,ambillah kasih dalam hati ini.
ia memang milik kamu.
dan aku akan sentiasa disini..
berjaga sepanjang malammu.
jangan takut, berhentilah menangis.
dan esok...
dia kembali pergi..
pergi meninggalkan aku sendiri
pergi tanpa kata kata akhir.
pergi menikmati dunia sendiri.
dan aku terus menanti
menanti sesuatu yang tak pasti.
dan aku terus mengasihi.
sehingga esok itu datang kembali.
untuk meritih dan menangis
dan esok
kau pergi lagi.
#i dont have any idea. this is mieza mohamed and now is 0445. so, maybe this is because of the weather and my emotion.hahha. nice one. but its just something stupid that i feel to write here. nothing to be relate of okayy! :) just some words that i found inside this hard box. HAHA.
happy ending do exist!
in fairytales.
No comments:
Post a Comment