aku kamu dan gyea
Monday, August 6, 2012
grateful
# aku duduk di dalam masjid, menunggu imam memanggil untuk solat jemaah. entah kenapa tiba-tiba memori itu datang padaku. ya memori yang buat aku rasa nak menangis mengingatkannya. memori tanda sayang dan cinta Allah kepadaku. memori tentang pelbagai hadiah dan peluang yang Allah berikan padaku. Ya Allah, di saat aku di uji dengan pelbagai masalah, diuji dengan permainan hati, di uji dengan kebahagiaan di bumi, di uji dengan matepelajaran yang susah, diuji dengan kekurangan duit, diuji dengan karenah diri, keluarga dan sahabat. kau telah hadiahkan aku bahagia yang lain. kau hadiahkan aku KAMU. tempat aku mengukir senyum yang tidak palsu. tempat aku mendirikan semangat yang jitu. kau hadiahkan aku DIA, tempat aku bergurau bercanda, kau hadiahkan sahabat-sahabat, yang tak pernah lelah melayan karenah ku, mereka yang tak lupa menasihatkanku, mereka yang melengkapi aku, mereka yang mengasihi aku. dlam susah atau senang, sama-sama berpuasa jika kekurangan wang, sama-sama berusaha untuk menyiapkan kerja kursus. bersama-sama berusaha gigih untuk mencapai matlamat. ya Allah, kau telah hadiahkan ku MEREKA, ibu dan ayah, yang walaupun sibuk dan kekurangan masa, mencari rezeki yang baik untuk keluarga. dan terima kasih ya Allah, atas kemudahan, kau pujuk ibu bapa ku untuk membelikanku sebuah kereta, yang aku tidak pernah terfikir boleh mendapatkannya.terima kasih atas ilmu-ilmu yang kau ikhlaskan buatku, ilmu yang aku pelajari di kelas, alhamdulilah..keputusan aku semester lepas, lebih memberansangkan.aku tidak pernah terfikir boleh mendapat setinggi itu. untuk ilmu persilatan, terima kasih Ya Allah, semakin baik aku melakukannya. untuk Ilmu agamau Ya Allah, InsyaAllah aku akan terus memperdalami apa yang aku sedang pelajari, apa yang aku sedang dididik. Ya Allah, terlalu banyak hadiahmu untukku, terima kasih ya Allah. terima kasih. terlalu banyak sehingga aku tidak mampu mencoretnya. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu, hanya engkau yang satu. Aamiin..
PRAISED TO ALLAH.
love and faith,
miezamohamed
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
give me some sunshine
give me some rain
give me the another chance
i wanna grow up once again
No comments:
Post a Comment