ahahahha.. oke. itu tade function. aq cume na tulis entry pendek hari ini untuk dikongsi.
dan entry aq bertajuk LIAR. atau bahasa jawa tinggi nya, WILD.
binatang buas kah?
wild channel kah?
hahaha.. okeh ta kesa la. menurut kamus dewan edisi khas yang termaktub dalam kepakaran penggunaan otak belah kanan aku... liar ni bermaksud, tidak jinak. iaitu.. bergerak dalam keadaan freely and randomly. tanpa ape2 sekatan dan ape2 halangan.
wahhh!! APE yang aku bayangkan yelah, seekor singa yang berlari dan berkejar-kejaran di satu padang yang luas,..mungkin juga itu afrika dan mungkin jua itu hutan amazon. tak kisahla. tapi itu yang bermain di benak aku. lalala. *benak kau, kelas kau mariaaa!!!
dalam perihal manusia liar ni, ade beberapa jenis yang hampa kena tahu,
1. liar tegar.
bebudak liar tegar ni memang depa ni jenis tak boleh kawal. hidup sesuka hati. niat hidup untuk enjoy. bukan nak kate ape, tapi kebiasaannye mereka ni engamalkan amalan seks bebas dan pengambilan alkohol dan dadah sesuka hati.
motto hidup : wa hidup, wa mati.. itu wa punya pasal. janji gua enjoy!
2. liar yang suka suki.
bebudak yang liar suke suki ni, bukan liar sebenarnye. depa suke lepak memalam dan jadi kutu rayau. jalan sesuka, tanpa arah tujuan untuk bergembira. kebanyakkan daripada mereka golongan yang bekerja atau pelajar universiti. mereka melakukan ini hanya untuk berseronok dan menghilangkan stress pada siang hari.
so bagi aku, lantak depa lah depa nak kua malam. depa kua lepak2 je pun.
motto hidup : hidup biar lepak, result (job) biar gempak!
3. liar bertempat
bebudak yang terlibat dalam kategori ini yelah mereka yang menghadiri meeting, perjumpaan, discussion, group work, lab meeting, training, sukan sea dan ape-ape jelah yang berkaitan yang menggunakan waktu malam. mereka ni biasenye akan pulang pada awal pagi dalam keadaan lapar macam tak makan 10 tahun.
bagi aku, dpa buat keja elok kot!
motto hidup : tak tidur takpe, janji aku bahagia.
4. liar yang berjinak-jinak.
hahah.. ade plak kategori sebegini yek! ok, bebudak kategori ini adalah kategori bebudak yang keluar malam bila rasa mereka mahu dan mereka tade masalah untuk menghabiskan masa untuk melepak sehingga ke jauh malam. hal ini demikian kerana, mereka biasanye keluar ketika mengalami tekanan atau stress yang memerlukan night theraphy yang menceriakan. mereka akan keluar ke mana sahaja mereka mahu tanpa mengira bangsa, tempat, kaum atau agama. adakalanya mereka mengalami kekecewaan yang mendalam, yang membuatkan mereka mahu mencari jalan bahagia atau bersendirian sbentar.
bagi aku, orang macam ni.. jangan kacau dia, sebab this is what i call TERBAIK LA DERR.
5. liar yang lalang
orang nak keluar, die pun nak. orang balik, die ta nak balik2. yang ni bahaya. jauhi mereka hahahha.
bile cakap pasal keluar malam je, orang kaitkan dengan liar atau wildchild. kenapa? kenapa itu jadi ukuran..
beb, sekarang bukan zaman jepun lagi, kite kena balik before 7 malam. berseronoklah kekadang. this is your world. lagi-lagi kalau korang remaja, have fun with it.
ye, ade pihak yang kate nampak tidak manis perempuan keluar malam. ahahaha. oke, biar aku terangkan nanti ye. bile ade pihak yang tidak puas hati itu bertanya sendiri pada aku. =.= hahah.
so, janganlah hidup terkongkong dan berfikiran kolot. meletakkan budak yang keluar malam hari itu liar. be more rational lah!! :)
miezamohamed.
No comments:
Post a Comment