habis dah tahun dua, kena pulak pergi short sem iaiatu melengkapkan subjek amalan kejuruteraan. oh! kalau di universiti lain, short sem ini satu pilihan, tapi di utem.. ia kewajipan! untuk memastikan setiap pelajar mendapat nilai tambah yang baik dan nampak berbeza dengan pelajar universiti lain, jadi terpaksa lah subjek amalan kejuruteraan ini dilaksanakan.
okay, done bab memuji muji perihal universiti yang telah membuat keputusan mengambil aku sebagai pelajar, sekarang aku nak beritahu..adat lah kan.. kalau belajar kat utem ni, tahun 3 kena duduk luar. jadi maka dengan itu, terpaksalah aku duduk di rumah sewa.
kami duduk di satu rumah due tingkat yang nampak luas, tapi bila kami masuk ia jadi.. err sempit? mungkin kami ni jenis belagak kaya nak rumah sebesar suria klcc agaknya kot? ke sebenarnya kami ni saja je memenuhi ruang pentas yang disediakan supaya nampak penuh dan pack! well, ternyata kami berjaya memenuhi ruang yang duisediakan!
rumah tu, kami duduk 8 orang. semua perempuan, in sya allah. walaupun, tak semua berperangai macam perempuan. haha. dan, rumah aku boleh dikatakan lengkap ber-chef yang pandai masak. memang layak bebenor nak masuk program masterchef. sayangnya, aku ni pulak yang banyak pantang larangnye. adeh =.="
kesian pulak kat memeber aku yang nak masak, asek dok pikir tentang aku boleh makan sesuatu itu ke atau tak.. well, to be truth.. aku mencadangkan supaya diaorang masak sahaja, kalau aku tak makan then aku boleh goreng telur.. tapi mereka rasa tak sedap pulak..
lah.. dalam keadaan yang serba kekurangan ni, tambah pulak short sem mana lah datang duit nye. diantara jatuh dari langit yang gelap dek kerana jerebu, ataupun, jumpa tertanam kat tepi rumah, kawasan perompak simpan harta karun. so, jika salah satu dari itu kami tak jumpa, nilai duit dalam beg kami, adalah dalam purata rm10 ke bawah!
untuk berada 2 tahun dalam rumah yang sama.. kenalah tolak ansur.. jadi aku tanak lah menyusahkan semorang.. kalau boleh aku nak upload sabar dan banyakkan berdoa. ya, itu yang aku mahu.
kena saling memahami antara satu sama lain, cheh.. macam ayat nak nikah pulak!
so, untuk mengelakkan rasa bersalah aku kerana telah mengorbankan cuti 3 bulan ni, aku terpaksalah melayan jiwa tengok wayang selalu. eh? tak,tak.. sekarang kan tengah banyak cerita best.. tu yg aku rajin tgk wyg tu. hikhik.
dan puasa kali ni.. aku harap..
ku mengharapkan kan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna.